Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

RA001

eKarya
majalahsquare
Keluaran Khas
Mengerjakan umrah ke Tanah Suci merupakan impian bagi semua Muslim. Rentetan itu, persiapan yang rapi dari segi ilmu, fizikal dan mental semestinya diperlukan agar umrah yang dikerjakan tidak menjadi sia-sia. Amatlah rugi jika umrah yang ditunaikan hanyalah sekadar menghadirkan diri sahaja ke Makkah dan Madinah tanpa melakukan apa-apa amalan yang sepatutnya. Buku Panduan Umrah & Hikmah Ziarah tulisan Dr. Mohd Sukki Othman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Shauqi terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd ini menyajikan pelbagai maklumat berkaitan panduan untuk mereka yang ingin menunaikan umrah.

Juga turut diselitkan maklumat mengenai tempat-tempat bersejarah di Kota Makkah dan Madinah sebagai maklumat para pembaca. Hanya RM14 senaskah, dapatkan buku ini di pasaran sekarang.

Apakah ertinya seseorang itu dilahirkan sebagai Muslim namun tidak mempunyai ciri-ciri sebagai seorang Mukmin? Kemanisan Iman karya Syeikh Dr. Ismail Kassim mengajak pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Muslim dan Mukmin, seterusnya akan manisnya dan tingginya nilai seseorang yang beriman di sisi Allah S.W.T.

Pentingnya buku ini kerana mampu menjadi sumber untuk pembaca terus mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sebagai salah satu ciri-ciri orang yang beriman. Topik-topik penting seperti asas utama iman, penyumbang utama iman, kedudukan iman, cahaya iman dan pejuang-pejuang iman turut dimuatkan dalam buku yang telah dinobatkan sebagai “Best Seller” ini. Hanya RM15 senaskah, Kemanisan Iman semestinya memberikan impak yang positif kepada pembaca untuk menjadi seorang Mukmin yang dikasihi oleh Allah S.W.T.

“Sebuah buku yang wajib dibaca, supaya kita lebih menghormati dan memahami manusia, bangsa, budaya serta agama-agama yang ada di sekeliling kita”. Kisah benar seorang penulis berbangsa Tionghua, Chong Sheau Ching yang telah mengembara ke serata dunia selama lebih 30 tahun dengan tujuan belajar, bekerja dan menjalankan tugas-tugas kebajikan serta kemanusiaan. Bermacam-macam pengalaman telah dibukukan oleh beliau melalui 41 buah cerita di dalam buku ini. Pelbagai jenis manusia telah ditemui yang semuanya mengajar beliau erti kehidupan. Jadi apakah kisah sebenar pengembaraan Chong Sheau Ching dengan kisah mengenai durian? Mengapakah durian seolah-olah mempunyai nilai yang begitu sentimental terhadap kehidupan beliau? Semuanya dirungkaikan melalui Durian Untuk Ah Ba. Dapatkannya sekarang di kedai-kedai buku berhampiran.


Inilah buku yang sangat sesuai untuk anak-anak anda. Tidak kira sama ada anak-anak anda itu masuk dalam kategori suka membaca atau malas membaca, mereka pasti akan sukakan buku Gula- Gula Minda ini. Ini kerana buku setebal 64 muka surat ini mempunyai pelbagai maklumat yang dapat memenuhi rasa ingin tahu mereka.
Buku ini dapat dijadikan sumber rujukan untuk mencari maklumat mengenai penyakit kanser dari sudut yang lebih positif. Artikel yang terkandung di dalam buku ini kebanyakannya adalah kompilasi daripada majalah i-sihat dan ruangan kesihatan dalam akhbar Mingguan Malaysia.
Buku ini menghimpunkan kisah-kisah ikhtibar yang berlaku di saat-saat akhir kematian seseorang, yang berlaku di sekeliling kita.
“Semua orang boleh memasak”, istilah paling tepat untuk menggambarkan keunikan buku resipi T’Liur yang mengandungi resipi langkah demi langkah yang mudah dan ringkas hasil cetusan cefcef dari hotel-hotel terkemuka tanahair. Ia sesuai untuk dijadikan koleksi dan juga sumber rujukan untuk peminat masakan.
Buku ini merupakan antara bahan bacaan yang cukup unik kerana ianya merupakan sebuah buku yang mengupas tentang cerita-cerita yang “terselindung” dan “tersembunyi” di sebalik kes penceraian masyarakat, gejala sosial dan masalah rumah tangga yang tidak mampu diselesaikan seterusnya di panjangkan hingga ke Mahkamah Syariah.
Anda suka membaca tentang cerita hantu tetapi tidak mempercayainya? Buku ini mungkin dapat merubah pemikiran anda serta mengenali tentang hantu. Kompilasi 33 kisah hantu seluruh Malaysia, “Ward 21” akan membawa anda ke alam yang lain dimanan hanya beberapa orang sahaja yang berpeluang melihat makhluk lain yang tinggal bersama-sama kita. Selepas membaca buku ini, ianya akan berakhir dengan pendapat samada anda percaya atau tidak. Mungkin 'sesuatu' itu kita rasakan hantu tetapi sebenarnya tidak.Kita sendiri yang salah faham tentang kewujudannya. Buku ini merupakan penulisan di dalam bahasa inggeris. Dapatkan naskah anda segera.
Buku 40 Pesanan Terbaik Ustaz Kazim ini sedikit sebanyak dapat memainkan peranan itu. Ustaz Kazim istiqamah dalam agenda hidupnya; dakwah. Mengajak pembaca kembali mengingati Allah s.w.t, mengenali hakikat hidup di dunia, membersihkan hati, meningkatkan iman dan menjadi manusia yang hebat disisi-Nya. Itu antara 40 pesanannya yang terkandung di dalam buku ini.
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 4