Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

RA001

eKarya
majalahsquare

Mastika

Rate This Issue
(166 votes)
Wednesday, 14 December 2011 12:10
Selama lebih daripada 65 tahun, majalah bulanan MASTIKA dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi koleksi kisah benarnya mengenai pengalaman sebenar namun sukar dipercayai dalam hidup seseorang serta kisah daripada khazanah cerita rakyat tempatan kita.

Bagi mereka yang skeptik atau curiga, yang menganggap petua-petua lama itu sebagai kolot atau karut, MASTIKA mungkin mempunyai sesuatu yang cukup sesuai dalam halamannya yang membolehkan para pembacanya terfikir sebaliknya.

Pembongkaran isu-isu panas dan eksklusif melalui penulisan penyiasatan telah membuka mata masyarakat terhadap gejala sosial seperti Black Metal, kekejaman, isu moral dan ajaran sesat. Ini semua bertujuan memberi pengajaran dan nasihat untuk semua.

Hal inilah yang telah dapat meletakkan MASTIKA sebagai majalah yang paling tinggi jualannya di Malaysia selama ini
Redaksi Majalah

Sidang Redaksi Majalah Mastika

  • En Sahidan Jaafar
    Penolong Pengarang Majalah Mastika.
  • Desi Ernita Dahnin
    Wartawan Eksekutif Majalah Mastika.
  • Aliaa Aaina Izyan Hasan
    Wartawan Majalah Mastika.
  • Khairul Anwar Tuan Yusop
    Wartawan Eksekutif Majalah Mastika.
  • Mohd Hafiz Mohamed Sakmi
    Wartawan Eksekutif Majalah Mastika.
  • Mohd Ali Atan
    Wartawan Eksekutif Majalah Mastika.
Komen Pembaca

3 Komen

  • Jaybond Tuesday, 18 December 2012 19:23 posted by Jaybond

    Minta wartawan mastika siar kan cerita little china town (taman ast) seremban. Meriah betul tempat nie dengan gro2 dari china, melayu pun ada. Pondan pun ramai! Tak kira usia berada kat sini. Dari budak2 sekolah menengah sampai ke lanjut usia. Malam minggu sure penuh. Kalau nasib dan waktu yang tepat boleh tengok budak2 rempit depan taman ini. Pihak berkuasa dan majlis agama dah rush banyak kali tapi, masih ada lagi. Tak percaya? Saksikanlah sendiri. Memang meriah. Taman AST penuh dengan tempat maksiat!!!!

    Report
  • jamris Tuesday, 30 October 2012 21:21 posted by jamris

    Bukan untuk komen tetepi ingin penjelasan dari wartawan eksekutif Mastika dalam cerita "Jenazah berpusing membelakangi kiblat". Saudara Kairul ada mengatakan bahawa mayat itu telah berpusing 360 darjah. Jika mayat telah berpusing 360 darjah, maka mayat itu masih mengadap kiblat dan bukannya membelakangi kiblat. Melainkan jika mayat itu berpusing 180 darjah maka barulah mayat itu membelakangi kiblat.

    Report
  • M Hafiz Osman Wednesday, 01 August 2012 14:55 posted by M Hafiz Osman

    Mastika adalah majalah paling sampah dalam dunia.Penulisnya banyak tidak berilmu dan menulis tanpa fakta yang kukuh.Contoh paling ketara artikel mengenai Hitler yang mengatakan Hitker dilahirkan di Australia,walhal Hitler dilahirkan di Branau Am-Inn,Austria.Saya berpendapat sidang editor Mastika serta para penulisnya,khususnya penulis artikel tentang Hitler ini terlalu jahil dan buta geografi sehingga tidak bisa membedakan antara Austria dan Australia.Mastika adalah sebuah majalah bodoh yang hanya sesuai dibaca oleh mereka yang low class dan berfikiran orthodox dan bodoh seperti penerbit Mastika ini juga!

    Report

Tinggalkan Komen Anda

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.