Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Kenduri Utusan

rsz _abe5193
rsz _abe5487

Program Syoknya Kenduri Keluarga Utusan 2018 anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) di Dewan Utusan, pada 10 April lalu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 700 orang kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad.

Antara pengisian program tersebut adalah sesi ceramah bertajuk Rezeki Berkat Selamat Dunia Akhirat oleh pendakwah terkenal, Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim yang menyentuh pelbagai topik merangkumi aspek penyatuan organisasi serta jati diri umat Islam.

Mohd. Izhar menegaskan, Islam mengajar umatnya bersatu padu dan tidak berpecah belah dalam mencari keredaan Allah di bumi ini.

“Keberkatan tidak boleh datang bergolek tetapi perlu dicari dan diusahakan. Umat Islam perlu bersatu padu dan kalau kita berpecah belah bagaimana hendak mendapat keberkatan itu?

“Kita perlu mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Syria yang menyaksikan negara itu hancur dan ada penduduk mereka tidak dapat makan apa-apa. Semua ini berpunca daripada perpecahan,” katanya.

rsz _abe5238
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; timbalannya, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Yang Dipertua BKUM, Saifol Bakhtiar Hamik.

Dalam pada itu, Mohd. Izhar berkata, terdapat agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan Islam menerusi protokol-protokolnya termasuk melalui cara memastikan umat agama itu melupakan sejarah mereka.

Selain itu, kata beliau, pihak tersebut juga berusaha agar umat Islam tidak lagi mengenali intipati Al-Quran termasuk bertindak menjadikan perbuatan maksiat seperti zina serta gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai perkara yang normal dalam masyarakat.

“Inilah perlunya kita bersatu dalam memastikan agenda-agenda seperti ini tidak dapat direalisasikan. Tanggungjawab saya dan tanggungjawab semua umat Islam juga untuk menjalankan dakwah dalam perkara ini,” katanya.

rsz _abe5273
rsz _abe5307
rsz _abe5339
rsz _abe5375
Sementara itu, Saifol Bakhtiar ketika berucap berkata, program ‘Syoknya Kenduri’ tahun ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana ia turut menyambut ulang tahun ke-40 BKUM, yang ditubuhkan pada November 1978.

“Pelbagai program telah dirancang bagi sambutan kali ini. Oleh itu saya menyeru ahli-ahli BKUM untuk terus komited dalam merapatkan barisan serta memperkukuh ukhwah bersama,” katanya.

Pada program itu juga Pereka Grafik Utusan Karya Sdn. Bhd., Mohd. Khusairy Razaali dipilih sebagai pemenang pertandingan mereka logo ulang tahun ke-40 BKUM. Kemenangan itu membolehkan Khusairy membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500.

rsz _abe5430
Selain itu, gerai makanan Hotel ... yang dibawa bersama oleh UKSB, Bahagian Pemasaran dan Pengeluaran pula membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300 selepas dipilih sebagai kiosk terbaik. 

rsz _abe5208