Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

RA001

eKarya
majalahsquare

Majlis Pelancaran Wajah Baru Harmoni & Infiniti

lancar-1

HARMONI DAN INFINITI
, majalah terbitan Utusan Karya Sdn Bhd anak syarikat Utusan Melayu (M) 
Berhad menganjurkan Majlis Pelancaran Wajah Baru di Dewan Besar Utusan, Chan Sow Lin, pada hari ini.

Majalah HARMONI telah berusia 12 tahun di pasaran sejak 26 September 2004 lalu. Bersandarkan kepada tagline Gaya Hidup Keluarga Harmoni, Majalah Harmoni terus mewarnai dunia penerbitan majalah di negara ini dengan keistimewaannya yang tersendiri.

Majalah bulanan berkonsepkan kekeluargaan dan kewanitaan ini adalah medium perkongsian ilmu yang mencakupi kehidupan dan rutin harian dalam keluarga dan masyarakat. Kini, Harmoni diibaratkan seperti wanita muda yang mahukan medium bacaan yang berkualiti, santai serta berinformasi.

“2017, perubahan yang dibuat hari ini adalah penambahbaikkan kepada pengisian yang lebih mantap dan dinamik untuk sajian pembaca. Persembahan aturletak juga dikemaskini agar lebih selesa untuk pembaca membelek helaian demi helaian naskah ini”, kata Puan Siti Hajar Mahmud, Penolong Pengarang HARMONI.

Selain itu, HARMONI diberi nafas baru dengan adanya kolum Q&A bersama Dr. Gee, Kultum (kuliah tujuh minit) bersama Ustazah Nor. Segmen yang memberi input terkini buat ibu bapa dari aspek perubatan dan kerohanian. Penulis yang tidak asing lagi iaitu Normala Hamzah berkongsi pengalaman dunia sosialnya melalui kolum Tinta Normala Hamzah. Setiap coretan adalah daripada pengalaman peribadi beliau selama lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan.

Segmen untuk lelaki juga dipersembahkan dengan informasi terkini meliputi ruangan gaya, fesyen, psikologi, kesihatan, gajet dan pemotoran.

Sudah menjadi trend hari ini ramai yang suka melancong, malah aktiviti melancong sudah sedia tercatat dalam kalendar tahunan bagi sesebuah keluarga. Jurnal Kembara adalah kisah percutian ke destinasi dalam dan luar negara yang menjadi inspirasi bagi mereka yang tercari-cari destinasi pelancongan. Mana tahu kisah yang dipaparkan itu mampu memberi idea buat pembaca HARMONI.

Bagi Majalah Infiniti pula, ia adalah majalah bulanan menjurus kepada sains fiksyen berbahasa Melayu berkonsepkan gabungan X-Fail, ilusi, realiti dan sains. Majalah ini telah mendapat tempat di hati pembaca sejak Jun 2009 iaitu 7 tahun yang lalu.

Kini, tiba masanya INFINITI berubah wajah. Unsur dinamik dimasukkan dalam wajah baru INFINITI kali ini. Perjuangan untuk membuka pemikiran melalui sains diteruskan dengan pemaparan cerita-cerita yang lebih energik dalam mengetengahkan kerangka pemikiran logik sains yang terarah kepada nilai sejagat.

Menurut Encik Zaidi Senapi, Penolong Pengarang INFINITI, selain mempunyai masthead baru rekaletak INFINITI juga diberi nafas baru dengan beberapa perubahan pada gaya persembahan. Unsur eksklusif diterjemahkan dalam cerita ini melalui temu bual pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk menjawab persoalan dan memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang diketengahkan sesuai dengan pemikiran logik sains”,

Era globalisasi sains terkini memerlukan pemikiran kritis pembaca dalam menterjemahkan sains dalam kehidupan seharian mereka. Topik Inovasi adalah antara topik yang bakal diketengahkan pada edisi baru globalisasi sains terbuka. Bagi memantapkan lagi pengukuhan dalam bidang sains astronomi, sebuah kolum khas bakal diperkenalkan. Kolum ini akan bercerita tentang dunia di atas langit dengan fakta dan jelas melalui pemerhatian teleskop.

Ruangan baru ini dibuka selepas mengambil kira, kepentingan arus perdana dalam kajian eroangkasa. Dulu, hanya pemancing saja yang ambil tahu, bila akan berlakunya pasang surut air laut. Kini, setiap orang berpeluang mengetahui, bagaimana perkara ini berfungsi dalam kehidupan seharian mereka.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ybhg Datuk Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan; Ybhg Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan; Ybhg Datuk Mohd Hassan Mohammed Nor, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Kumpulan Utusan; Yang Berusaha Encik Arffin Nordin dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn Bhd. Tidak ketinggalan, penghias wajah muka depan Majalah HARMONI bagi keluaran Januari 2017, Rita Rudaini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja bersama iaitu DMS dan BIANCO MIMOSA atas tajaan wang tunai yang diberikan. Tidak ketinggalan rakan strategik dari KASHFI ZULKUFLI CREATION bagi pertunjukan fesyen eksklusif ROSEZELLA, DUALARIS EVENT SDN BHD bagi dekorasi dewan serta hiasan meja, MINAZ bagi tajaan persalinan baju krew, SHAWLBYVSNOW serta penaja-penaja lain iaitu ABSOLUTE NR, ALHA, ARIANI TEXTILE, ASYIKIN EXCLUSIVE, AVON, FAIRY LADY, FARMASI COLOUR COSMETIC, MAMEE-DOUBLE DECKER, MUSTIKA RATU, OLI CANDY, SAFI , SATIN TURKEY, SERI PACIFIC, SIRIUS EXCEL, SPA DEDAUN, 4U2 COSMETIC. 

 3-8