Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

RA001

eKarya
majalahsquare

Seminar Syoknya Business Online Dapat Sambutan Luar Biasa

BUAT pertama kalinya Utusan Karya Sdn. Bhd dengan kerjasama tudung Hijab Fesyen telah berjaya menganjurkan seminar Syoknya Business Online. Seminar yang berlangsung pada 6 September lalu berjaya mengumpul seramai 44 peserta yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan online.

Seminar yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 2.00 petang itu telah disampaikan oleh Online Marketing Trainer, Team Insta Heroes, Leya Sari yang juga merupakan pemegang Anugerah Online Seller Terbaik 2015, Ikon Hari Wanita 2015 & Wira Awani 2015.

Dengan yuran penyertaan serendah RM120 seorang, peserta seminar bukan sahaja diberikan tip-tip bagaimana untuk memulakan perniagaan online, malah mereka juga mendapat idea-idea perniagaan terbaik dan terhangat dari Leya Sari. Peserta turut diberikan goodies bag yang mengandungi Majalah Hijab Fesyen dan beberapa barangan tajaan dari Asianic dan Farmasi Colour Cosmetics (FFC).

Lebih menarik di hujung seminar peserta turut berpeluang menyaksikan sesi tutorial tudung Hijab Fesyen yang digayakan oleh juara pertandingan Hijabi Mestika, Nik Izzati. Sebelum itu sedikit taklimat juga diberikan oleh Pengarang majalah WANITA yang juga Ketua Projek Tudung Hijab Fesyen, Nor Asmah Zakaria mengenai peluang menambah pendapatan dengan menjadi ejen dan dropship Tudung Hijab Fesyen.

Sijil penyertaan kemudian disampaikan oleh Pengurus Kanan Operasi Utusan Karya Sdn Bhd – Azlan Abdul Aziz.

Gambar 1 


Gambar 2    Gambar 3

Gambar 4    Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7    Gambar 8