Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

KEMBARA 75 TAHUN MASTIKA KE BALKAN

MZF 0011
MASTIKA,
 majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. buat julung kalinya menganjurkan Program Kembara 75 Tahun Mastika ke Balkan bersempena ulangtahun Mastika yang ke 75 tahun.

Mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada rakan strategik, SAFIRgotravel.com, program ini akan dikendalikan bersama-sama dengan Utusan Karya dengan penyertaan seramai 75 orang pembaca setia MASTIKA menerokai keindahan Negara Balkan meliputi Slovenia, Croatia dan Bosnia.

"Alhamdulillah, kami gembira dan teruja sebenarnya dapat bekerjasama dengan MASTIKA meraikan ulangtahun penerbitannya yang ke-75 tahun. Program kembara yang akan dilaksanakan pada April 2016 ini mengambil masa selama 12 hari 10 malam menaiki pesawat Turkish Airways. Negara-negara ini adalah negara Eropah Tenggara yang wajib dilawati untuk meneroka keindahan, kisah dan sejarah silamnya. Saya yakin peserta kembara bakal dibekalkan dengan kenangan yang terindah untuk dibawa pulang ke tanah air", kata Pengarah Urusan Jualan dan Pemasaran SAFIRgotravel.com, Encik Muhamad Abd Latif.

Sementara itu, Penolong Pengarang Mastika, Puan Siti Hajar Mahmud berkata program Kembara 75 Tahun Mastika ke Balkan adalah program simbolik meraikan ulangtahun Mastika sekaligus sebagai menghargai pembaca setia Mastika yang selama ini telah banyak memberi sokongan.

Ibarat usia mematangkan minda - begitu juga perjalanan majalah Mastika dalam mengungguli kisah-kisah teladan, seram, kemasyarakatan dan sebagainya.

"Sejak tinjauan pertama wakil wartawan Mastika pada 27 Julai lalu, terdapat beberapa kisah yang telah disiarkan dalam Mastika keluaran Oktober, November dan akan datang Disember. Jelas sekali kisah-kisah serta pengalaman yang dipaparkan wartawan bertugassangat terkesan dan menarik untuk dikongsikan. Keindahan Laut Adriatik serta Tasik Bled amat memukau. Peserta kembara juga akan dibawa ke lokasi Perang Bosnia dan melihat sendiri kesan peninggalan peristiwa penghapusan etnik Islam Bosnia pada 1995.

"Saya percaya kembara itu nanti akan memberi seribu satu pengalaman kepada peserta", kata Siti Hajar.

Harga yang ditawarkan bagi program kembara ini adalah sangat brpatutan dari RM9,990 an RM9,890 bagi warga emas. Ia termasuklah tiket penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan, makan dan minum serta pemandu pelancong yang professional.

Menariknya, di sana nanti peserta turut diraikan dalam satu jamuan makan malam (Gala Dinner) di Sarajevo meraikan ulangtahun Mastika ke-75 tahun. Terdapat cabutan bertuah menanti peserta dengan hadiah dan pakej yang cukup menarik.

"Kita bersetuju memberikan sumbangan lima hadiah cabutan bertuah untuk peserta di sana nanti. Antara yang bakal menanti peserta berupa 1 tiket penerbangan ke Seoul; RM1,500 rebat untuk mana-mana pakej bernilai lebih RM5,000; RM1,000 rebat untuk mana-mana pakej bernilai RM4,000; 10 hingga 20 peratus diskaun bagi percutian SAFIRgotravel.com untuk 2 orang", jelas Muhamad lagi.

Sementara itu, peserta Program Kembara 75 Tahun Mastika ke Balkan akan disediakan cenderamata khas daripada pihak penganjur seperti travelling bag, merchandise dan banyak lagi. Mereka yang berminat untuk menyertai program kembara ini dialu-alukan menghubungi pihak Mastika di talian 03-8926 2999 (ext 421, 464,465 dan 466) atau Eksekutif Pengurusan Jenama, Maisarah Mohamad (ext 441) untuk informasi lanjut.