Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

RA001

eKarya
majalahsquare

Kembara Umrah 2016


alt

Bangi : Al Islam, majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), sekali lagi mengajak umat Islam terutamanya pembaca setia menyertai program KEMBARA UMRAH 2016.

Al Islam dengan kerjasama syarikat GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN BHD akan mengendalikan KEMBARA UMRAH 2016, menawarkan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun dahulu. KEMBARA UMRAH 2016 adalah kesinambungan daripada KEMBARA UMRAH musim pertama (2012), kedua (2013) dan ketiga (2014). Ia juga merupakan program tahunan majalah Al Islam untuk mendekatkan silaturahim dengan pembaca.

Sebagaimana yang disebutkan pada awal tadi, kelainan yang dibawakan kali ini adalah pilihan tarikh tahun lepas. Jika KEMBARA UMRAH musim yang lalu hanya menawarkan satu tarikh sahaja tetapi untuk musim keempat terdapat tiga tarikh berlepas istimewa ditawarkan iaitu Mei (cuti sekolah), Ramadhan (awal) dan Disember (cuti sekolah). 

Setiap tarikh berlepas, jemaah umrah akan diiringi pembimbing bertauliah, penceramah jemputan, wakil GLOBAL TRAVEL & TOURS SDN BHD dan wakil Al Islam. Berdasarkan pengalaman menganjurkan KEMBARA UMRAH musim yang lepas, kali ini Al Islam lebih berhati-hati dalam memilih agensi pelancongan untuk mengendalikan peserta umrah. Setelah penilaian dibuat Al Islam hanya memilih agensi pelancongan yang terbaik untuk menguruskan segala keperluan peserta terutamanya dari segi tiket penerbangan, visa dan paling penting penginapan bagi memastikan keselesaan jemaah sepanjang melakukan ibadah umrah.

Harga pakej umrah ini bermula dari RM6290 (bergantung pada taraf hotel sama ada tiga bintang atau lima bintang), program KEMBARA UMRAH 2016 menawarkan penginapan yang berhampiran dengan Masjidilharam (200 meter) dan Masjid Nabawi (300 meter). Berdasarkan pengalaman mengendalikan kembara umrah yang lalu, Al Islam cuba memperbaiki kelemahan yang sering dirungutkan oleh jemaah (faktor lokasi tempat penginapan ke masjid yang agak jauh dan menyukarkan jemaah). Kami selaku penganjur peka dengan kelemahan itu dan mengambil serius permasalahan itu dan berusaha memastikan KEMBARA UMRAH 2016 berlangsung dengan lancar.


alt

Bagi mengeratkan lagi silaturahim, kembara umrah kali ini memberikan satu lagi keistimewaan kepada para pembaca dan seluruh umat Islam. Atas persetujuan bersama Al Islam dan GLOBAL TRAVEL & TOURS SDN BHD, menawarkan SATU pakej percuma bagi jemaah atau pembaca yang dapat membawa 20 jemaah menyertai KEMBARA UMRAH 2016.

Menurut Penolong Pengarang Majalah Al Islam, Norimanah Seman, tawaran itu dibuat adalah sebagai tanda penghargaan kepada pembaca Al Islam dan seluruh umat Islam kerana menyertai program istimewa ini. Ini adlaah salah satu nilai tambah KEMBARA UMRAH 2016 tawarkan dan kemungkinan besar tawaran istimewa ini mustahil untuk ditawarkan oleh pihak lain. Mengikut program umrah kami yang terdahulu, kami tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada jemaah yang mendaftar secara berkumpulan iaitu 10 orang. "Selain itu, pengisian tazkirah juga tidak dilupakan yang akan dikendalikan oleh dai' Dr. Sukki Othman jemputan dari Malaysia dan pembimbing daripada kalangan pelajar MAlaysia di sana yang mahir tentang hukum hakam serta selok-belok Mekah dan Madinah," katanya.

Sementara itu, setiap peserta KEMBARA UMRAH 2016 disediakan cenderamata khas daripada pihak penganjur, seperti bagasi dan beg sandang rasmi daripada pihak GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN BHD. Peserta juga mendapat buku panduan umrah dan ziarah keluaran Utusan Karya Sdn Bhd yang memuatkan tazkirah selain tip ketika di Tanah Suci. Mereka yang berminat untuk menyertai program KEMBARA UMRAH 2016 dialu-alukanmenghubungi pihak Al Islam di talian 03-89262999 (ext 425, 499,445,448) / 012-2567423 / 013-8175904 untuk informasi lanjut.