Shopping Bag (0) Items | RM 0.00

Create an account

Iklan eKarya

majalahsquare

Bangunan baru Kumpulan Utusan



Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad akan memiliki bangunan baru yang menempatkan hampir kesemua staf di bawah satu bumbung pada 2013. Majlis pecah tanah bangunan di Jalan Lima off Jalan Chan Sow LIn itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, semalam.

Bangunan setinggi tujuh tingkat itu menelan kos RM90 juta dan bakal menjadi mercu tanda yang menyumbang ke arah pemodenan di sekitar Chan Sow Lin sekali gus meningkatkan nilai hartanah kawasan tersebut.

Chan Sow Lin terletak berdekatan dengan ruang penerbangan awam, maka bangunan sekitarnya dihadkan sehingga tujuh tingkat sahaja.

Bangunan moden itu mempunyai dua blok bangunan; iaitu blok pejabat dan ruang letak kereta bertingkat yang akan disambung dengan sebuah lobi awam.

Blok pejabat seluas 69,517.26 meter persegi itu akan menempatkan ruang pejabat untuk 900 petugas, sebuah auditorium yang memuatkan 400 tempat duduk, sebuah kafeteria, surau dan sebuah gimnasium.

Di blok letak kereta pula terdapat 380 ruang letak kereta serta beberapa ruang lot perniagaan untuk disewakan. Bangunan itu juga dilengkapi kemudahan infrastruktur dan kelengkapan teknologi maklumat terkini untuk kemudahan para petugas.