| Siti Nurhaliza Tak Nak Bersedih Lagi! |
 |
Selepas berkahwin pun, penyanyi berdagu lekuk ini masih belum dapat diatasi oleh mana-mana penyanyi perempuan lain untuk mendapat tempat sebagai artis wanita paling popular di Malaysia. Malah kalau ada pertandingan vokal terbaik bagi artis wanita, sejak bertahun-tahun lalu, Siti memegang anugerah itu.
Pada fotografi terbaru dengan HAI, Siti bukan saja mempamerkan wajah cerianya setelah menjadi isteri, tapi mengakui, dia tidak mahu bersedih lagi. Ketika ditanya apakah gosip paling pedih sepanjang kariernya, Siti menjawab, "Uhh...terlalu banyak yang sedih dan pedih, dan kalau boleh Siti tak mahu lagi mengingatinya."
|
|
 |
| Farawahida Guna Pati Santan Cantikkan Rambut |
Nama penyanyi Farawahida semakin meniti di bibir peminat. Rezekinya semakin bertambah setelah menerima Anugerah Penyanyi Wanita Baru Paling Popular 2006 baru-baru ini.
Penyanyi berkulit hitam manis ini sebenarnya sudah mula menceburi bidang nyayian sejak tahun 1995 lagi dan dalam usia yang baru setahun jagung itulah juga dia telah menjadi finalis Wirawan Seni Remaja EON.
Farawahida atau nama penuhnya Farawahida Razali, 20, turut pernah menjadi...
|
 |
|
 |
 |
Harun Din Tumpaskan Mubaligh Angkuh
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk berjumpa dengan Harun Din. Dia ingin berdebat dengan ulama itu. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Harun Din, akhirnya hasrat itu tercapai. Ketika sampai di rumah ahli perniagaan itu, kuliah baru saja bermula. Kebetulan pada malam itu, Harun Din mengajar bab-bab syirik. Bila ternampak muka Harun Din, hatinya jadi panas.
|
|
 |
Resipi Restoran dan Hotel
Malaysia beruntung kerana mempunyai gabungan pelbagai cita rasa masakan Barat dan Timur. Istimewa dalam edisi kali ini, SAJI menampilkan resipi-resipi yang menjadi kegemaran ramai pengunjung di restoran dan hotel berkenaan. Mungkin anda pernah mengunjungi dan menikmati sajian di tempat ini...jadi, inilah masanya untuk anda cuba memasak sendiri sajiannya.
|
 |
|
 |
| Deanna Yusof Kembali Setelah 8 Tahun Menyepi |
 |
Dari sudut kerjayanya, perkembangan Deanna memang terlalu banyak untuk diperkatakan, begitu pun tidak secara peribadinya. Namun begitu ini tidak bererti dia terlepas daripada digosip atau menjadi tajuk berita panas media. Ini diakui Deanna sendiri yang juga tidak sepi dilanda gosip liar.
"Saya masih single," katanya tersenyum memulakan bicara. "Kalau itu yang dinanti-nantikan dari mulut saya...," bisiknya lagi.
|
|
 |
| Fasha Sandha Perempuan Yang Bijaksana! |
Tahniah kepada pelakon jelita Fasha Sandha yang dianugerahkan Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular sempena Anugerah Bintang Popular 2006 pada 4 Februari lalu.
Sejak muncul dalam industri seni ini, Fasha memang terlalu komited dengan kerjanya. Umpamanya kalau sewaktu sesi fotografi, Fasha akan buat yang terbaik dan sangat punctual (menepati masa) serta berdisiplin.
|
 |
|
 |
| Norzie Selesa Dengan Imej Baru |
 |
Setelah berpeluang menjalani penggambaran Majalah 3 dan mengerjakan fardu haji pada 19 Disember hingga 9 Januari lalu, pengacara terkenal, Norzie Pak Wan Chek muncul dengan imej baru bertudung. Perubahan imej ini bukanlah sesuatu yang dirancang, sebaliknya berlaku secara kebetulan setelah pintu hatinya terbuka untuk berubah.
"Saya pergi dalam keadaan redha dan tidak mampu mengagak perubahan yang bakal saya alami. Namun dalam beberapa hari terakhir di sana (Mekah)..."
|
|
 |
Kahwin: Nasha Suka 07.07.07
Semua pihak tertunggu-tunggu pengumuman tarikh perkahwinan Nasha Aziz dengan tunangannya, Helmi, jurukamera filem. Nasha lebih suka mengambil langkah berdiam diri dan tidak mahu terlalu menggembar-gemburkannya. Sebab itu timbul andaian orang ramai berhubung tarikh sebenar pernikahan Nasha.
"Segala-gala pasal perkahwinan itu...saya serahkan kepada Helmi untuk menyelenggarakannya..."
|
 |
|
 |
Tony Blair Akui Al-Quran Kitab Progresif, Bawa Pembaharuan
“Bagi saya, perkara paling luar biasa berkaitan al-Quran ialah betapa progresifnya kitab ini. Saya menulis dengan penuh rendah diri, sebagai seorang penganut agama lain. Sebagai orang luar, al-Quran saya anggap sebagai sebuah kitab yang membawa pembaharuan, cuba mengembalikan Judaisme dan Kristianiti ke asalnya, sebagaimana yang cuba dilakukan oleh para reformis kepada gereja Kristian berabad kemudian. Al-Quran bersifat inklusif. Ia menyanjungi sains serta ilmu pengetahuan, dan membenci perkara karut-marut.”
|
 |
|